- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
9
Pekerja Asas
Kumpulan Sub-Utama
96
Pekerja Asas Lain
Kumpulan Kecil
962
Pekerja Asas yang Lain
Kumpulan Unit
9621
Penghantar Mesej dan Bungkusan, dan Porter Bagasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
9621
Bandingkan
Penghantar Mesej dan Bungkusan, dan Porter Bagasi
Penghantar Mesej dan Bungkusan, dan Porter Bagasi membawa dan menghantar mesej, bungkusan, dan barang lain di dalam bangunan atau antara bangunan, ke rumah dan ke tempat lain, atau mengangkat bagasi terutamanya di hotel, stesen dan lapangan terbang.
Tugasan
Membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen.
Menghantar mesej, bungkusan, dan barang lain di dalam bangunan atau antara bangunan, atau di tempat lain.
Menjalankan tugas sebagai wakil pos.
Menghantar pelbagai barang kepada dan daripada syarikat, kedai, rumah, dan tempat lain.
Mengangkat dan menghantar bagasi di stesen, lapangan terbang, dan tempat lain.
Mengambil dan menghantar fail, mesej, dokumen, dan barang lain di dalam atau bagi pihak pejabat, perindustrian atau perniagaan.
Menampal poster atau mempamerkan poster dan kain rentang di tempat yang mudah dilihat untuk mengiklankan acara hiburan, acara politik, atau produk.
Memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku/ risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.