- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
9
Pekerja Asas
Kumpulan Sub-Utama
96
Pekerja Asas Lain
Kumpulan Kecil
962
Pekerja Asas yang Lain
Kumpulan Unit
9625
Atendan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
9625
Bandingkan
Atendan
Atendan biasanya menyediakan perkhidmatan di pejabat, perindustrian, perniagaan, perusahaan, rekreasi, dan yang berkaitan.
Tugasan
Melayan keperluan pesakit dan menyelenggara kebersihan wad di hospital dan bangunan yang berkaitan.
Membersihkan kelengkapan makmal.
Mengendalikan lif penumpang atau barang di dalam bangunan.
Melayan keperluan orang yang terlibat dalam sukan.
Memungut bayaran letak kereta, mengeluarkan keratan tiket, membawa pelanggan ke medan parkir, dan memparkir kereta.
Memungut tiket dan membenarkan pengunjung masuk ke taman hiburan dan permainan, membantu pengunjung naik dan turun dari alat permainan, serta mengikat dan membuka tali pinggang dan palang keselamatan.
Menentukan lorong boling untuk pelanggan, mengeluarkan kertas pungutan mata, menyewakan kasut boling, dan memungut bayaran.
Menjadualkan penggunaan padang golf, gelanggang tenis, kelab kesihatan, dan kemudahan rekreasi lain, memungut bayaran daripada pemain, menjual atau menyewakan kelengkapan sukan.
Membersihkan dan menjaga tandas di dalam bangunan seperti pejabat, panggung wayang, restoran, dan bangunan lain supaya sentiasa kemas dan teratur.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.