Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5312-03
Bandingkan
Pembantu Pengurusan Murid Gred N1 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah, mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tugasan
Pengurusan Murid Prasekolah dan sekolah khas melibatkan kanak-kanak istimewa (buta, pekak, bisu dan lain-lain) atau kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang tinggal di asrama-asrama di kawasan pedalaman.
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah, Urusan Pengajaran/ Pembelajaran Murid-murid Prasekolah/ Hal Ehwal Murid, Urusan Penyediaan Makanan/ Mengemas/ Membersih
Menguruskan pendaftaran dan membantu guru mendaftar kehadiran serta mengemaskini data dan maklumat murid-murid.
Membantu guru membuat inventori peralatan, bahan, akaun dan kewangan serta perbelanjaan prasekolah.
Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan pengajaran/ pembelajaran murid-murid prasekolah serta perancangan aktiviti bimbingan.
Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid.
Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
Menyedia, mengemaskan dan membersihkan perkakas, peralatan, bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berinteraksi dengan kanak-kanak.
Khusus
Berkebolehan membaca tulisan Braille.
Berkebolehan menyediakan penyata perbelanjaan.
Berkemahiran dalam bahasa isyarat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.