Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5311
Bandingkan
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak menyediakan penjagaan dan penyeliaan kanak-kanak di rumah- rumah kediaman dan di pusat jagaan harian.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membantu kanak-kanak mandi, memakai baju dan makan sendiri.
Menemani kanak-kanak ke sekolah atau pulang dari sekolah atau untuk rekreasi di luar rumah.
Bermain-main dengan kanak-kanak, atau menghiburkan mereka dengan membaca atau bercerita.
Menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak semasa ketiadaan ibu bapa mereka.
Menjaga bilik tidur dan bilik main kanak-kanak agar dalam keadaan teratur.
Menjaga kanak-kanak sekolah semasa rombongan, lawatan ke muzium, dan aktiviti seumpamanya.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.