- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
42
Kerani Perkhidmatan Pelanggan
Kumpulan Kecil
422
Pekerja Maklumat Pelanggan
Kumpulan Unit
4226
Penemuduga Tinjauan dan Penyelidikan Pasaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4226-01
Bandingkan
Pembanci/Penemuduga Tinjauan
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Pembanci/Penemuduga Tinjauan menjalankan pengumpulan data dengan melaksanakan temu bual dan tinjauan berstruktur dengan individu atau kumpulan bagi mendapatkan maklumat mengenai pendapat, tingkah laku serta ciri demografi atau ekonomi. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor termasuk penyelidikan pasaran, kerajaan dan program sosial dengan menggunakan kaedah seperti temu bual bersemuka, melalui telefon atau secara dalam talian bagi memastikan pengumpulan data yang tepat, tmengikut tempoh yang ditetapkan dan sulit. Maklumat yang dikumpulkan menyokong kajian penyelidikan, pembangunan dasar dan keputusan perniagaan.
Tugasan
Menyediakan dan menyusun bahan tinjauan, soal selidik, dan senarai responden.
Menghubungi responden dan mengatur temu bual melalui telefon, secara bersemuka, atau dalam talian.
Menjalankan temu bual mengikut garis panduan tinjauan, skrip, dan prosedur persampelan.
Mengemukakan soalan dengan jelas dan memberikan penjelasan bagi membantu responden memahami tinjauan.
Merekod respons dengan tepat dalam borang bercetak atau sistem pengumpulan data elektronik.
Menyemak soal selidik atau rekod yang telah lengkap bagi memastikan kelengkapan, ketepatan, dan konsistensi.
Menjaga kerahsiaan maklumat responden dan memastikan integriti data sepanjang proses tinjauan.
Menyerahkan borang tinjauan yang telah lengkap, rekod, dan kemas kini kerja lapangan kepada penyelia mengikut prosedur.
Melaksanakan tugas pentadbiran rutin dan sokongan tinjauan seperti yang diperlukan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mengikuti protokol temuduga, arahan dan garis panduan berstruktur dengan tepat.
Kemahiran komunikasi lisan dan interpersonal yang kukuh, termasuk mendengar secara aktif, bertutur dan asas penulisan.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi yang baik untuk memenuhi jadual dan tarikh akhir tinjauan.
Ketelitian terhadap perincian untuk memastikan pengumpulan, rakaman dan kemasukan data yang tepat.
Literasi komputer asas untuk kemasukan data, pengendalian dan tugasan pengurusan data yang mudah.
Khusus
Kecekapan dalam kemasukan data dan pengurusan data asas.
Kecekapan dalam menggunakan perisian pengumpulan data, tinjauan, dan perisian pengundian.
Kecekapan dalam penggunaan lembaran kerja elektronik dan aplikasi komputer asas.
Pengetahuan tentang kawalan dokumen dan prosedur pentadbiran rutin.
Pengetahuan tentang metodologi tinjauan, persampelan, dan prinsip penyelidikan pasaran.
Pengetahuan tentang pengendalian maklumat sulit dan prosedur perlindungan data.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
4226-01
Pembanci/Penemuduga Tinjauan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.