- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
42
Kerani Perkhidmatan Pelanggan
Kumpulan Kecil
422
Pekerja Maklumat Pelanggan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4229
Bandingkan
Pekerja Maklumat Pelanggan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Pekerja Maklumat Pelanggan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 422: Pekerja Maklumat Pelanggan. Kumpulan ini termasuk kerani kemasukan hospital, penemu duga kelayakan dan pakar kelayakan.
Tugasan
Menemuduga pesakit untuk mendapatkan dan memproses maklumat yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan hospital.
Menemuduga pemohon bantuan awam untuk mengumpulkan maklumat berhubung dengan permohonan mereka.
Mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan.
Memulakan prosedur untuk memberi, mengubah suai, menafikan, atau menamatkan bantuan.
Memberi maklumat dan menjawab soalan berhubung dengan prosedur faedah dan tuntutan.
Mengesyorkan pesakit atau pemohon kepada organisasi lain jika mereka tidak layak mendapatkan perkhidmatan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
4229-01
Pakar Kelayakan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.