Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4222
Bandingkan
Kerani Pusat Penerangan Informasi
Kerani Pusat Penerangan Informasi memberi nasihat dan maklumat kepada pelanggan, menjawab pertanyaan berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi dan memproses transaksi kewangan kepada pelanggan menggunakan telefon atau media komunikasi elektronik seperti emel. Mereka berada di premis yang mungkin jauh dari pelanggan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengelolakan panggilan dan pesanan masuk daripada pelanggan sama ada menjawab pertanyaan, atau mengendalikan panggilan mengenai perkhidmatan atau mengasingkan panggilan aduan.
Mengeluarkan invois atau mengendalikan pembayaran, sekiranya perlu.
Menghantar surat, lembaran maklumat dan dokumen lain kepada pelanggan.
Memaklumkan pelanggan tentang produk atau perkhidmatan tambahan.
Melayani permintaan maklumat atau temu janji yang dibuat melalui telefon.
Menyalurkan pelanggan atau pesakit ke tempat atau orang yang berkenaan.
Mengambil sebarang bentuk aduan atau maklum balas berkaitan operasi dan perkhidmatan organisasi daripada pelanggan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.