Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3633-06
Bandingkan
Penolong Pustakawan Gred S5
Penolong Pustakawan Gred S5 bertanggungjawab melaksana program dan mengendali pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan.
Tugasan
Mengendali sumber maklumat yang diperlukan oleh perpustakaan dan bagi mewujudkan pusat kecemerlangan pelbagai bidang seperti perolehan, penerimaan dan pemprosesan.
Melaksana pendokumentasian bagi koleksi yang diperolehi iaitu pengkatalogan asas, pengkelasan, pengindeksan dan penyediaan bibliografi.
Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Melaksanakan perkhidmatan asas, pengurusan ilmu, program galakan membaca, promosi perkhidmatan, pengumpulan maklum balas serta statistik dan laporan.
Menyediakan kemudahan perkhidmatan perpustakaan bagi memenuhi kepuasan pelanggan mengikut kesesuaian perpustakaan.
Menjalankan penyeliaan kakitangan sokongan.
Mengguna aplikasi ICT di perpustakaan.
Membantu kerja kewangan seperti pembayaran, perolehan dan membantu menyedia laporan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan ICT.
Kepimpinan yang berkesan.
Komunikasi berkesan.
Mampu membina jaringan hubungan dengan pelbagai kumpulan.
Penguasaan asas Bahasa Inggeris.
Penguasaan Bahasa Melayu yang baik.
Pengucapan awam.
Pengurusan yang proaktif.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.