Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3633-05
Bandingkan
Penolong Kurator Gred S5
Penolong Kurator Gred S5 bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Tugasan
Menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak.
Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara.
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.
Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan, konservasi artifak di makmal dan penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara.
Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak.
Menjalankan program outreach dan inreach secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Berpengetahuan dalam aspek material culture dan berkebolehan menilai artifak dari segi ketulenan dan nilai sejarah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.