- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
312
Penyelia Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan
Kumpulan Unit
3122
Penyelia Pembuatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3122-03
Bandingkan
Penyelia Pengkompaunan
Penyelia Pengkompaunan menyelia dan mengurus operasi pengkompaunan dalam kemudahan pembuatan, memastikan bahan mentah diukur dan dicampur dengan tepat mengikut formulasi, piawaian kualiti dan prosedur operasi standard yang diluluskan. Peranan ini menyelia kakitangan pengkompaunan, menyelaras jadual pengeluaran, mengekalkan kesediaan peralatan dan menguatkuasakan keperluan keselamatan dan alam sekitar. Mereka juga bekerjasama dengan pasukan kawalan kualiti dan teknikal untuk memantau kualiti produk, menangani isu operasi dan menyokong penambahbaikan berterusan proses pengkompaunan.
Tugasan
Mengurus operasi harian compounding untuk mencapai sasaran pengeluaran dan mengekalkan standard kualiti.
Menyelia, melatih, dan menyelaras kakitangan compounding untuk memastikan aliran kerja lancar.
Mengesahkan berat dan spesifikasi bahan compounding.
Memantau tahap stok dan penggunaan lateks serta bahan compounding lain.
Menyemak rekod batch dan formula untuk ketepatan dan konsistensi.
Memantau prestasi mesin compounding dan menyelaras penyelenggaraan untuk mengelakkan gangguan operasi.
Memastikan semua dokumentasi compounding mematuhi piawaian ISO.
Menguatkuasakan peraturan kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar di kawasan compounding.
Menyelesaikan masalah pengeluaran dengan cepat dan berkesan.
Menyediakan laporan mengenai pengeluaran, insiden, dan inisiatif penambahbaikan operasi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran asas pengunaan komputer, termasuk kecekapan dalam Microsoft Office untuk penyimpanan rekod dan pelaporan.
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan yang mantap untuk menyelia dan memotivasikan pengendali pengkompaunan.
Kemahiran komunikasi yang baik untuk menyelaras dengan jabatan dan melapor kepada pihak pengurusan.
Kemahiran pengurusan masa dan keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan untuk memenuhi tarikh akhir.
Pemikiran analitikal dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk menangani cabaran pengeluaran.
Khusus
Kepakaran dalam mengendalikan dan melakukan penyelenggaraan asas peralatan compounding, termasuk mixer, extruder, dan sistem pemakanan bahan.
Keupayaan merancang jadual pengeluaran dan menyelaras penggunaan bahan mentah serta tahap inventori.
Kompetensi dalam melakukan kemasukan data asas dan menyokong aktiviti pengurusan gudang atau penjejakan bahan.
Kompetensi dalam memantau dan melaksanakan prosedur kawalan kualiti, termasuk mentafsir spesifikasi teknikal dan carta aliran proses.
Kompetensi dalam menyelenggara rekod pengeluaran, dokumentasi, dan laporan berkaitan operasi compounding.
Kompetensi dalam menyelia dan menyelaras kakitangan compounding untuk memastikan kelancaran pengeluaran.
Pengetahuan dalam menggunakan teknik penambahbaikan proses untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran bahan.
Pengetahuan dalam menguatkuasakan amalan keselamatan tempat kerja di kawasan compounding.
Pengetahuan dalam proses compounding, termasuk pengukuran, pengendalian, dan pencampuran bahan mentah mengikut formula yang ditetapkan.
Pengetahuan mengenai pematuhan peraturan kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar dalam operasi compounding.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3122-01
Penyelia Pembuatan
3122-02
Penyelia Kemasan
3122-03
Penyelia Pengkompaunan
3122-04
Penyelia Pemotongan
3122-05
Penyelia Pemeriksaan Papan Lapis
3122-06
Penyelia Penggergaji
3122-07
Penyelia Pengeluaran Pembuatan Makanan Halal
3122-08
Penyelia Jaminan Kualiti Pemprosesan Daging Halal
3122-09
Penyelia Teknikal
3122-10
Pemeriksa Ujian Tanpa Musnah (NDT)
3122-11
Penyelia Syif
3122-12
Penyelia Penyelenggaraan
3122-13
Penyelia Rumah Sembelihan Halal
3122-14
Penyelia Gudang Operasi Logistik Halal
3122-15
Penyelia Kemudahan
3122-16
Penyelia Penghantaran
3122-17
Pengawal Robot Industri
3122-18
Penyelia Jaminan Kualiti
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.