Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3121
Bandingkan
Penyelia Perlombongan
Penyelia Perlombongan menyelia operasi perlombongan dan kuari serta menyelia dan menyelaras aktiviti pelombong yang bekerja di bawah tanah dan di permukaan lombong dan kuari.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyelia dan menyelaras aktiviti pekerja yang mengekstrak mineral dan lain-lain bahan semulajadi dari bumi, mengendalikan pemindahangkutan bawah tanah atau peralatan berat di permukaan lombong dan kuari.
Menentukan kaedah bagi memenuhi jadual kerja dan mengesyorkan penandaarasan kepada pengurus perlombongan untuk meningkatkan produktiviti.
Membuat tuntutan, mengeluarkan dan merekodkan bahan yang perlu untuk operasi.
Menentukan kakitangan dan bahan keperluan untuk lombong atau kuari.
Merancang dan menganggar kos pengeluaran dan mengemukakan laporan kemajuan berkala.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.