Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2826-04
Bandingkan
Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S9
Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S9 bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program, aktiviti dan perkhidmatan yang merangkumi lapan bidang teras Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) iaitu Akidah dan Aliran Pemikiran, Dakwah dan Pembangunan Insan, Perundangan Islam, Tarbiyyah dan Tadribiyyah Islam, Kewangan dan Ekonomi Islam, Pengurusan Halal, Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengurusan Siasah Syar’iyyah.
Tugasan
Menyediakan, merancang, dan melaksanakan kajian serta pemantauan berkaitan akidah, aliran pemikiran, dan ajaran sesat.
Merancang, melaksanakan, dan menyelaras program dakwah, pembangunan modal insan, dan pengurusan Saudara Baru.
Menyelaraskan dan menguatkuasakan undang-undang syariah, termasuk operasi, siasatan, dan dokumentasi rekod.
Mengurus pendidikan Islam, penempatan guru, kurikulum, ko-kurikulum, peperiksaan, serta pusat latihan dan akademik.
Merancang dan melaksanakan kajian serta program berkaitan kewangan, ekonomi Islam, fatwa, dan Falak Syarie.
Mengurus pensijilan halal, audit, pemantauan, dan penguatkuasaan mematuhi SOP dan piawaian Halal Malaysia.
Menyelia media, termasuk cetak, elektronik, dan percetakan al-Quran, bagi memastikan kawalan dan kesesuaian kandungan.
Mengurus pentadbiran dan pengurusan nikah, cerai, rujuk, masjid, surau, pengimarahan, dan takmir.
Merancang dan melaksanakan program penghayatan Islam, penerbitan bahan Islam, takwim Islam, dan khidmat nasihat agama di kementerian, agensi, dan institusi.
Menyediakan laporan, dokumentasi, dan penilaian keberkesanan bagi semua program, modul, aktiviti, dan dasar Hal Ehwal Islam.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan menyampaikan ceramah dengan hujah yang baik dan disertakan dalil yang tepat.
Berkemampuan menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang penyelidikan Islam.
Berkemahiran dalam hukum-hukum asas syariah Islam seperti fiqh ibadat dan munakahat.
Berkemahiran dalam Qiraah al-Quran secara tartil dan bertajwid mengikut standard yang ditetapkan.
Berpengetahuan luas dalam isu-isu semasa berkaitan Islam.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.