Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2826-01
Bandingkan
Mufti
Mufti ialah seorang cendekiawan Islam yang memberikan bimbingan agama yang berwibawa berdasarkan undang-undang dan perundangan Islam. Peranan ini melibatkan pengeluaran fatwa yang tidak mengikat mengenai perkara agama, etika dan perundangan, menasihati kerajaan dan institusi agama, serta membimbing masyarakat Islam untuk memastikan amalan selaras dengan prinsip Islam. Mereka juga boleh memimpin aktiviti keagamaan, menyampaikan khutbah dan menyediakan pendidikan dan kepimpinan rohani dalam masyarakat.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan fatwa dan panduan agama yang berwibawa berdasarkan perundangan Islam.
Menasihati individu, badan kerajaan, institusi agama, dan masyarakat Islam mengenai undang-undang Islam dan hal ehwal agama.
Memimpin solat, upacara keagamaan, dan sambutan khas seperti Ramadan dan Aidilfitri.
Menyampaikan khutbah, syarahan, dan pengajaran agama Islam, serta menganjurkan dan menyertai kelas, perbincangan, dan seminar.
Memberikan bimbingan rohani dan kaunseling kepada anggota masyarakat.
Memelihara dan mempromosikan tradisi, amalan, dan kepercayaan Islam.
Menyumbang pandangan agama yang pakar kepada badan penasihat dan keputusan organisasi keagamaan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan penyelidikan,penyelesaian masalah dan analitikal.
Kemahiran dalam bahasa Malaysia dan Arab,dengan kemahiran pemahaman bacaan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh,termasuk bertutur secara jelas dan berkesan.
Mendengar secara aktif dan interksi hormat-menghormati dengan pelbagai komuniti.
Pengurusan masa yang berkesan dan pengaturan tugasan yang berkesan.
Khusus
Kecekapan dalam bahasa Arab klasik untuk tafsiran teks Islam yang tepat.
Keupayaan untuk memberikan bimbingan rohani dan kaunseling kepada individu dan masyarakat.
Keupayaan untuk mengeluarkan fatwa dan memberikan nasihat berwibawa mengenai undang-undang Islam dan hal ehwal agama.
Keupayaan untuk menyampaikan pendidikan agama melalui khutbah, syarahan, kelas, perbincangan, dan seminar.
Kompetensi dalam kerja penasihatan agama dan penyelarasan program serta jawatankuasa keagamaan.
Kompetensi dalam memimpin solat, upacara keagamaan, dan sambutan khas.
Kompetensi dalam penyelidikan agama dan pendokumentasian fatwa, pandangan, dan perkembangan perundangan.
Pengetahuan dalam al-Quran, Hadith, dan fiqh Islam.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.