- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
27
Profesional Perkhidmatan Hospitaliti dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
271
Profesional Hotel dan Restoran
Kumpulan Unit
2712
Profesional Restoran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2712
Bandingkan
Profesional Restoran
Profesional Restoran menjalankan penyelidikan, merancang, membangun dan menambah baik pengurusan operasi kafe, restoran dan pertubuhan seumpamanya untuk menyediakan perkhidmatan makanan dan katering.
Tugasan
Merancang dan menambah baik operasi pengurusan restoran.
Menganalisis jualan dan keuntungan restoran.
Merancang dan menyelaraskan menu.
Menyelaraskan keseluruhan operasi restoran semasa syif berjadual.
Memastikan semua kakitangan mematuhi standard keseragaman syarikat.
Bertemu dan mengalu-alukan pelanggan dan mengelolakan tempahan meja.
Memaklumi pelanggan tentang pilihan menu dan minuman.
Mengatur dan menyelia syif kakitangan dapur, kakitangan menunggu, dan kakitangan mencuci.
Mengekalkan standard kawalan kualiti, kebersihan serta kesihatan dan keselamatan yang tinggi.
Memeriksa simpanan stok dan memesan bekalan.
Menyediakan petty cash sebagaimana yang diperlukan.
Melaksanakan dasar.
Menyediakan anggaran bajet.
Merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.