- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
27
Profesional Perkhidmatan Hospitaliti dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
271
Profesional Hotel dan Restoran
Kumpulan Unit
2712
Profesional Restoran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2712-02
Bandingkan
Eksekutif Makanan dan Minuman menyelia dan menyelaras operasi perkhidmatan makanan dan minuman di restoran, hotel dan tempat katering. Mereka menyelia fungsi harian, mengurus prestasi kakitangan, memastikan piawaian perkhidmatan dan kebersihan yang tinggi, menyelaras antara pasukan dapur dan perkhidmatan serta mengendalikan isu khidmat pelanggan dan operasi. Peranan ini juga melibatkan pengurusan bajet dan inventori, menyokong latihan kakitangan dan melaksanakan strategi untuk meningkatkan kepuasan dan pendapatan tetamu.
Tugasan
Menyelia dan menjadualkan kakitangan perkhidmatan makanan dan minuman bagi memastikan operasi harian berjalan lancar.
Menyelaras dengan pasukan dapur dan perolehan berkaitan pesanan, kawalan inventori dan ketersediaan stok untuk menyokong operasi perkhidmatan tanpa gangguan.
Memastikan kebersihan, susun atur ruang makan yang betul, serta pematuhan kepada piawaian keselamatan makanan dan kebersihan.
Menyelia tempahan tetamu, pengaturan tempat duduk dan aliran perkhidmatan bagi memastikan pengendalian pelanggan yang cekap.
Menyelia kualiti perkhidmatan, menangani maklum balas pelanggan dan menyelesaikan aduan secara profesional.
Menyelaras menu, acara dan aktiviti promosi dengan pasukan berkaitan untuk menyokong penyampaian perkhidmatan dan peningkatan hasil.
Melatih dan menyokong perkembangan kakitangan perkhidmatan baharu dan sedia ada bagi mengekalkan standard dan prestasi perkhidmatan.
Menganalisis jualan, memantau prestasi restoran dan menyediakan laporan operasi.
Kemahiran
Asas
Mengekalkan perhatian terhadap perincian,organisasi dan kemahiran asas matematik.
Menggunakan kemahiran interpersonal,khidmat pelanggan dan kebolehan kerja berpasukan yang kukuh.
Mengurus masa dengan berkesan,mengutamakan tugas dan melakukan pelbagai tugasan di bawah tekanan.
Menunjukkan kemahiran kepimpinan dan penyeliaan apabila diperlukan.
Menunjukkan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan.
Khusus
Kecekapan dalam operasi perkhidmatan makanan dan minuman, termasuk jamuan, katering dan perkhidmatan bar.
Keupayaan menganalisis data jualan dan prestasi operasi.
Keupayaan menggunakan sistem tempat jualan (POS), inventori dan pengurusan hospitaliti.
Keupayaan menyelesaikan aduan pelanggan dan konflik berkaitan perkhidmatan secara profesional.
Kompetensi dalam menyelaras acara dan operasi perkhidmatan antara pasukan dapur, perkhidmatan dan jualan.
Kompetensi dalam pengendalian tunai, perakaunan asas, belanjawan dan kawalan kos.
Kompetensi dalam penyeliaan pasukan, latihan kakitangan dan kepimpinan perkhidmatan.
Pengetahuan dalam keselamatan makanan, peraturan kebersihan, dan piawaian Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP).
Pengetahuan dalam penyelarasan menu, padanan makanan dan minuman, serta penyampaian perkhidmatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.