- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
254
Profesional Kandungan Kreatif dan Digital
Kumpulan Unit
2541
Profesional Kesan Visual dan Animasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2541-07
Bandingkan
Penulis Kandungan Cerita mengkonseptualkan, merancang dan menghasilkan kandungan digital merentas teks, grafik, animasi, audio dan video untuk animasi, kesan visual, media baharu dan platform digital. Mereka membangunkan naratif dan urutan visual yang menarik bagi melibatkan audiens, dengan menterjemahkan skrip atau idea kepada penceritaan yang padu untuk laman web, media sosial, iklan dan kempen. Peranan ini menggabungkan kemahiran kreatif dan teknikal serta memerlukan kerjasama dengan pengarah, penerbit atau pasukan pemasaran bagi memastikan kandungan selaras dengan suara jenama, objektif dan minat audiens.
Tugasan
Menyelidik topik, trend, dan khalayak sasaran untuk membangunkan kandungan berasaskan cerita.
Menulis cerita asal, naratif berasaskan watak, atau kandungan berfokuskan jenama.
Bekerjasama dengan pasukan kreatif dan pemasaran untuk memastikan keselarasan dengan mesej jenama.
Mencipta papan cerita atau rancangan visual untuk menggambarkan urutan naratif dan aliran kandungan digital.
Memastikan konsistensi suara, nada, gaya visual, dan penceritaan merentas platform.
Merancang dan mengatur aliran kerja dan saluran pengeluaran untuk memenuhi tarikh akhir dan standard kualiti.
Menyemak dan menyunting cerita dan papan cerita berdasarkan maklum balas untuk memastikan kualiti dan konsistensi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran pemahaman bacaan ,pemikiran kritis dan penyelidikan untuk memahami dan membentuk kandungan.
Komunikasi berkesan,kerjasama dan perhatian terhadap perincian untuk memenuhi tarikh akhir.
Kreativiti dalam membangunkan cerita dan mesej yang menarik.
Penguasaan bahasa yang kukuh dengan kemahiran tatabahasa dan penulisan yang cemerlang.
Khusus
Kemahiran dalam Adobe Photoshop, Toon Boom Storyboard Pro, dan perisian ilustrasi digital.
Kemahiran dalam mencipta animatik dan menguruskan masa untuk penceritaan visual.
Kemahiran reka grafik untuk mencipta naratif visual yang menarik.
Kepakaran dalam teknik penceritaan, pembangunan watak, dan penyusunan naratif.
Keupayaan menukar idea kompleks menjadi cerita yang mudah difahami dan menarik.
Keupayaan menulis dalam pelbagai nada dan suara untuk pelbagai platform.
Pemahaman dalam penargetan audiens, metrik penglibatan, dan strategi SEO.
Pengetahuan dalam teknik penyuntingan video dan animasi untuk menyokong penceritaan multimedia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.