Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2541-05
Bandingkan
Pakar Visual mereka bentuk dan membangunkan kandungan visual dengan mengubah data kompleks, maklumat teknikal atau konsep reka bentuk kepada visual yang jelas dan menarik. Mereka mencipta papan pemuka, grafik interaktif, visualisasi seni bina, infografik dan animasi untuk menyokong komunikasi, meningkatkan pemahaman dan memudahkan proses membuat keputusan merentasi pelbagai konteks.
Tugasan
Mereka bentuk dan menghasilkan visualisasi data serta papan pemuka untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan.
Membangunkan model 3D, render berkualiti tinggi dan animasi untuk persembahan dalam bidang seni bina, kejuruteraan atau media.
Bekerjasama dengan pereka, penganalisis dan pihak berkepentingan untuk menentukan matlamat visualisasi dan keperluan data.
Merancang dan mengatur aliran kerja bagi memastikan penyampaian hasil visual tepat pada masa.
Mengkonsepkan dan mentakrifkan kandungan digital menggunakan pengetahuan artistik dan teknikal.
Memastikan ketepatan, konsistensi dan pematuhan kepada jenama atau piawaian teknikal dalam semua hasil visual.
Melaksanakan kandungan visual menggunakan alat dan teknologi yang sesuai.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mentafsir data dan memahami keperluan perniagaan.
Kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal untuk menilai maklumat.
Kemahiran dalam prinsip reka bentuk, penceritaan visual dan teknik susun atur.
Kemahiran komunikasi yang kukuh untuk menerangkan pilihan dan pandangan visual.
Kerja berpasukan dan kebolehsuaian terhadap maklum balas dan pelbagai projek.
Khusus
Kecekapan dalam grafik gerakan dan animasi untuk penceritaan dan persembahan.
Kecekapan dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan untuk visualisasi data interaktif.
Kecekapan dalam penghasilan dan penyuntingan video untuk komunikasi visual.
Kemahiran dalam Adobe Creative Suite untuk reka bentuk visual dan penghasilan kandungan.
Kemahiran dalam pelbagai alat visualisasi data.
Kemahiran dalam pemodelan 3D dan perisian rendering.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk User Experience (UX) dan User Interface (UI) untuk projek visualisasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.