- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2511
Juruanalisis Sistem Komputer
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2511-01
Bandingkan
Juruanalisis Sistem Maklumat Pengurusan (MIS)
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Juruanalisis Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) mereka bentuk, membangun dan menambah baik sistem maklumat untuk mengumpul, memproses dan menganalisis data perniagaan untuk pelaporan dan membuat keputusan. Mereka melaksanakan dan menyelenggara penyelesaian MIS, menghasilkan laporan dan papan pemuka, memastikan ketepatan data dan mengesyorkan penambahbaikan sistem untuk menyokong dan mengoptimumkan prestasi organisasi.
Tugasan
Mengumpul dan menganalisis data organisasi untuk menjana cerapan yang menyokong pembuatan keputusan perniagaan.
Mereka bentuk, membangun, menambah baik dan menyelenggara sistem maklumat pengurusan, termasuk alat pelaporan data dan papan pemuka automatik.
Mengumpul dan mentakrif keperluan pengguna bagi penyelesaian Management Information Systems (MIS) dengan kerjasama pihak berkepentingan perniagaan.
Memastikan ketepatan, integriti dan konsistensi data merentas pelbagai sistem dan pangkalan data.
Memantau dan menilai prestasi sistem, serta menyelesaikan isu teknikal atau isu berkaitan data.
Menyediakan dan membentangkan laporan, papan pemuka dan output analisis untuk menyokong pelaporan organisasi dan pembuatan keputusan.
Mengurus dan menyelenggara sumber data yang digunakan untuk analisis dan pelaporan organisasi.
Memberi sokongan pengguna dan latihan berkaitan alat, sistem dan platform pelaporan Management Information Systems (MIS).
Kemahiran
Asas
Komunikasi dan kerjasama yang berkesan dengan pihak berkepentingan dan pasukan.
Memahami proses perniagaan dan keupayaan untuk menterjemahkan keperluan kepada spesifikasi teknikal.
Mendengar secara aktif untuk memahami keperluan dan kehendak perniagaan.
Pemikiran analitikal yang kuat dan penyelesaian masalah untuk menyokong keputusan perniagaan.
Perhatian terhadap perincian dan pengurusan masa untuk memastikan pelaporan yang tepat dan memenuhi tarikh akhir.
Khusus
Kecekapan dalam bahasa pengaturcaraan untuk pembangunan dan penambahbaikan MIS.
Kecekapan dalam mengaplikasikan prinsip software development life cycle (SDLC) dalam projek MIS.
Kecekapan dalam pengurusan pangkalan data untuk analisis dan pelaporan data.
Kecekapan dalam platform risikan perniagaan.
Keupayaan untuk memastikan ketepatan, integriti dan konsistensi data merentas sistem dan pangkalan data.
Pengetahuan dalam pemodelan data dan konsep reka bentuk Management Information Systems (MIS).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2511-01
Juruanalisis Sistem Maklumat Pengurusan (MIS)
2511-02
Pakar Teknikal (.Net)
2511-03
Pereka Bentuk Tahap Pemindahan Daftar (RTL) (Teknologi Maklumat)
2511-04
Jurutera Reka Bentuk (Teknologi Maklumat)
2511-05
Juruanalisis Sistem
2511-06
Juruanalisis Inovasi Teknologi
2511-07
Juruanalisis Digital
2511-08
Eksekutif/Pegawai Transformasi Digital
2511-09
Pakar Service Desk
2511-10
Juruanalisis Pengurusan Vendor (Teknologi Maklumat)
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.