Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2512
Bandingkan
Pembangun Perisian menyelidik, menganalisis dan menilai keperluan aplikasi perisian dan sistem operasi sedia ada atau yang baharu, dan mereka bentuk, membangunkan, menguji dan menyelesaikan masalah perisian untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyelidik, menganalisis dan menilai keperluan aplikasi perisian dan sistem operasi.
Menyelidik, mereka bentuk dan membangunkan sistem perisian komputer.
Merujuk kakitangan kejuruteraan untuk menilai antara muka (interface) antara perkakasan dengan perisian.
Membangun dan mengarahkan pengujian perisian dan pengesahan prosedur.
Mengubahsuai perisian sedia ada untuk membetulkan ralat dan menyesuaikannya dengan perkakasan baru, atau untuk menaik taraf antara muka (interface) dan meningkatkan prestasi.
Mengarah pengaturcaraan perisian dan pembangunan dokumentasi.
Menilai, membangunkan, menaik taraf dan mendokumentasi prosedur penyelenggaraan untuk sistem operasi, persekitaran komunikasi, dan perisian aplikasi.
Merujuk pelanggan berhubung dengan penyelenggaraan sistem perisian.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.