- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2267
Pegawai Optometri dan Pegawai Optik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2267-02
Bandingkan
Pegawai Optometri Gred U9
Pegawai Optometri Gred U9 bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan mata untuk mengesan anomali fungsi penglihatan, merawat dan mengendalikan anomali tersebut menggunakan cermin mata, kanta sentuh, prisma, terapi visual dan low vision devices di samping menjadi perunding dalam masalah penglihatan warna secara profesional di dalam industri, pemanduan jalan raya serta memberi khidmat nasihat bagi memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Melakukan ujian refraksi iaitu penentuan kuasa ralat refraksi mata dan menentukan preskripsi cermin mata yang sesuai bagi pesakit yang memerlukan cermin mata termasuk pesakit yang belum dan telah menjalani pembedahan.
Menentukan tahap penglihatan pesakit dengan jitu merangkumi semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa, serta menilai kesesuaian pemakaian kanta sentuh, pemasangan kanta sentuh, dan rawatan susulan (after-care).
Memberi rawatan kepada pesakit penglihatan terhad dan menentukan jenis peralatan yang sesuai untuk digunakanoleh mereka. Merujuk pesakit ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekolah Latihan Khas dan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) jika perlu.
Mengukur kelengkungan kornea mata bagi pesakit yang telah menjalani pembedahan dan menentukan kedudukan jahitan yang perlu dibuka.
Membuat pemeriksaan ortopik asas iaitu pemeriksaan ke atas pesakit juling dan memberi rawatan dengan cermin mata, prisma atau terapi visual.
Menjalankan diabetic eye screening menggunakan fundus camera di klinik-klinik kesihatan daerah dan merujuk kes-kes kepada Pakar Oftalmologi jika perlu.
Memberi syarahan di bidang Optometri kepada Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Pegawai Perubatan dalam sesi CME Hospital.
Menentukan jadual klinik, temujanji kes baru, kes ulangan, dan rujukan kepada Pakar Oftalmologi, termasuk saringan penglihatan dan diabetis di Klinik Kesihatan secara berkala.
Menyediakan data statistik bulanan dan tahunan pesakit yang dirawat di Klinik Optometri.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi khidmat nasihat.
Khusus
Berkebolehan mengajar.
Berkemahiran dalam bidang ICT.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.