- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2265
Pegawai Diet dan Pegawai Nutrisi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2265-02
Bandingkan
Pegawai Dietetik Gred U9
Pegawai Dietetik Gred U9 bertanggungjawab melaksanakan tugas berkaitan pengurusan danpemantauan perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dan penyediaan makanan berzat dan sesuai berdasarkan Hospital Diet Manual, khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan diet teraputik, merancang dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan berkaitan.
Tugasan
Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional assessment, nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
Memberi perhatian terhadap pesakit acute seperti rawatan rapi, burns dan pesakit lain yang tenat yang memerlukan penjagaan dan pemantauan diet/ feeding regime yang rapi.
Memastikan pesakit diberi preskripsi diet, memahami tentang penjagaan dietnya dan menghadiri rawatan susulan jika diperlukan.
Menyumbang kepada program/ aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
Memberi tumpuan kepada memperkembangkan lagi bidang klinikal dietetik secara pengkhususan supaya selaras dengan perkembangan rawatan yang dilaksanakan oleh doktor.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.