Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2261-02
Bandingkan
Pegawai Pergigian Gred UG9 bertanggungjawab meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat melalui rawatan dan aktiviti pencegahan kesihatan pergigian.
Tugasan
Bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Pengarah ke atas implementasi semua aktiviti klinikal dan promosi kesihatan pergigian berpandukan polisi dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.
a. Melaksana dan memastikan pesakit menerima perkhidmatan pergigian yang berkualiti mengikut dasar-dasar perkhidmatan yang ditetapkan.
b. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan mulut. Ini termasuklah memberi ceramah pergigian dan mengadakan pameran bagi promosi kesihatan.
c. Menjalankan tugas kecemasan (on-call) selepas waktu pejabat.
d. Membantu pegawai pergigian kanan dalam pelaksanaan, pengawal seliaan dan penilaian program perkhidmatan pergigian
e. Melibatkan diri dalam usaha-usaha peningkatan kualiti dijalankan bagi perkhidmatan pergigian klinik. Aktiviti termasuk pelaksanaan ISO, projek inovasi dan KMK.
f. Melibatkan diri dengan kajian-kajian berkaitan kesihatan pergigian dijalankan di klinik.
g. Merujuk kes-kes rumit kepada Pakar Pergigian bagi yang memerlukan rawatan kepakaran.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Khusus
Berkemahiran dalam bidang ICT.
Mempunyai pengetahuan dalam statistik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.