Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2211-11
Bandingkan
Pegawai Perubatan Gred UD9, UD10 bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat, menyediakan laporan, menjalankan tugas- tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.
Tugasan
Pemeriksaan pesakit, menentukan diagnosa dan memberi rawatan kepada pesakit dengan teliti.
Penjagaan pesakit dalam wad – melakukan ward round setiap hari.
Mengendalikan kes-kes baru dan lama di dalam wad dan di klinik pesakit luar setiap hari.
Mengemaskinikan rawatan pesakit setiap hari.
Memastikan pesakit yang di masuk ke wad berada dalam tahap optima.
Melakukan pembedahan kecemasan semasa bertugas atas panggilan.
Membantu pakar bedah dalam kes pembedahan kecemasan dan kes-kes pembedahan elektif seperti yang dijadualkan.
Melakukan prosedur-prosedur kecil dan pembedahan minor.
Membincang dan memberi latihan amali dan tunjuk ajar kepada pegawai perubatan latihan siswazah yang ditempatkan di jabatan berkaitan (terutama bagi pakar klinikal).
Menghadiri serta mengambil bahagian secara aktif dalam latihan dan pendidikan yang disediakan di peringkat jabatan dan hospital.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi atau kaunseling.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.