Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2211-13
Bandingkan
Pegawai Perubatan Gred UD13
Pegawai Perubatan Gred UD13 bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat, menyediakan laporan, menjalankan tugas- tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.
Tugasan
Pemeriksaan pesakit, menentukan diagnosa dan memberi rawatan kepada pesakit.
Penjagaan pesakit dalam wad – melakukan ward round dan pengendalian kes-kes pesakit dalam wad setiap hari.
Mengemaskinikan rawatan pesakit setiap hari.
Membuat prosedur atau prosedur kecil di klinik.
Merujuk kepada pakar perunding pesakit tertentu.
Merujuk pesakit ke unit-unit lain apabila perlu serta memberi khidmat pendapat dan rawatan kepada pesakit yang dirujuk dari unit-unit lain.
Mengendalikan klinik pesakit luar. Merawat pesakit baru dan lama di klinik.
Membantu atau melakukan pembedahan elektif dan kecemasan ke atas pesakit tertentu pada hari-hari yang ditetapkan.
Membincang dan memberi latihan amali dan tunjuk ajar kepada pegawai perubatan yang ditempatkan di jabatan berkaitan.
Melaksanakan penyelidikan klinikal dan membantu ketua jabatan dalam merancang dan menjalankan kajian QAP di jabatan yang berkaitan.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi atau kaunseling.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.