- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
221
Doktor Perubatan
Kumpulan Unit
2211
Pengamal Perubatan Umum
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2211-05
Bandingkan
Doktor Perubatan (Oftalmologi)
Doktor Perubatan (Oftalmologi) mendiagnosis dan merawat penyakit, gangguan dan kecederaan mata, menyediakan rawatan perubatan untuk mengekalkan dan meningkatkan penglihatan. Mereka menjalankan penilaian klinikal, menetapkan ubat-ubatan dan kanta pembetulan dan menjalankan prosedur pembedahan seperti penyingkiran katarak, pengurusan glaukoma dan pembaikan retina. Mereka bekerjasama dengan profesional kesihatan lain untuk memastikan penjagaan pesakit yang komprehensif dan mungkin terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan klinikal untuk memajukan pengetahuan kesihatan mata.
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan oftalmologi menyeluruh untuk menilai penglihatan, menilai kesihatan mata, dan mengesan keabnormalan.
Mendiagnosis dan merawat penyakit, gangguan, dan kecederaan mata, termasuk katarak, glaukoma, retinopati diabetik, dan degenerasi makula berkaitan usia.
Menjalankan prosedur pembedahan oftalmologi, termasuk pembuangan katarak, pemindahan kornea, pembaikan retina, dan rawatan laser.
Menetapkan dan mengurus ubat-ubatan, kanta pembetulan, dan alat bantuan optik lain untuk rawatan keadaan mata.
Mentafsir keputusan ujian diagnostik oftalmologi, termasuk optical coherence tomography (OCT), analisis medan penglihatan, dan angiografi fluorescein, untuk menyokong pembuatan keputusan klinikal.
Mengurus penjagaan pesakit di klinik oftalmologi kecemasan, pesakit luar, dan susulan.
Mendidik pesakit tentang kesihatan mata, penjagaan pencegahan, dan pilihan rawatan yang tersedia.
Bekerjasama dengan optometris, pengamal perubatan am, dan profesional kesihatan lain untuk memastikan penjagaan pesakit yang terkoordinasi.
Kemahiran
Asas
Emapati dan kesabaran dalam menjaga pesakit yang mempunyai masalah penglihatan jangka pendek atau panjang.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang untuk berinteraksi secara berkesan dengan pesakit dan pasukan penjagaan kesihatan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk menguruskan temu janji,prosuder dan penjagaan susulan dengan cekap.
Kemahiran pemikiran kritikal yang dan menyelesaikan masalah yang kukuh untuk penilaian tepat dan mebuat keputusan perubatan.
Perhatian terhadap perincian dan kemahiran manual, terutamanya semasa prosuder pembedahan.
Khusus
Kemahiran dalam penggunaan peralatan diagnostik oftalmologi, termasuk biomikroskop slit-lamp, kamera fundus, dan penganalisis medan penglihatan.
Kemahiran dalam penggunaan teknologi digital dan teknologi kesihatan mata baharu dalam amalan oftalmologi.
Kemahiran dalam teknik pembedahan invasif minimum dalam oftalmologi.
Keupayaan untuk memberikan konsultasi klinikal dan nasihat profesional mengenai keadaan oftalmologi yang kompleks.
Keupayaan untuk mentafsir imej oftalmologi dan keputusan ujian diagnostik bagi penilaian klinikal dan perancangan rawatan.
Keupayaan untuk menyediakan penjagaan pra-operatif dan pasca-operatif bagi pesakit oftalmologi.
Kompetensi dalam diagnosis, perancangan rawatan, dan pemantauan keadaan oftalmologi.
Kompetensi dalam prosedur oftalmologi, termasuk pembedahan katarak, vitrektomi, rawatan laser, dan suntikan intravitreal.
Pengetahuan dalam farmakologi oftalmologi untuk rawatan penyakit dan gangguan mata.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2211-01
Doktor Perubatan
2211-02
Doktor Perubatan (Ginekologi)
2211-03
Doktor Perubatan (Kardiologi)
2211-04
Doktor Perubatan (Obstetrik)
2211-05
Doktor Perubatan (Oftalmologi)
2211-06
Doktor Perubatan (Psikiatri)
2211-07
Doktor Perubatan (Radiologi)
2211-08
Doktor Perubatan (Kulit)
2211-09
Pegawai Kawalan Infeksi
2211-10
Ahli Teknologi Perubatan Nuklear
2211-11
Pegawai Perubatan Gred UD9, UD10
2211-12
Pegawai Perubatan Gred UD12
2211-13
Pegawai Perubatan Gred UD13
2211-14
Pegawai Perubatan Gred UD14
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.