Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2212
Bandingkan
Pengamal Perubatan Pakar mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit, jangkitan, kecederaan dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental pada manusia melalui ujian, diagnostik, perubatan, pembedahan, teknik fizikal dan psikiatri yang khusus dengan pengaplikasian prinsip dan prosedur perubatan moden. Mereka pakar dalam penyakit atau kaedah rawatan tertentu, dan boleh mengajar dan membuat penyelidikan dalam bidang pengkhususan mereka.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnos.
Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khusus untuk jenis penyakit, gangguan, atau kecederaan tertentu.
Memberi nasihat dan menerapkan kaedah dan rawatan perubatan pencegahan.
Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan komuniti.
Mengajar pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional kesihatan lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Mengkhusus dalam penilaian diagnostik, perkhidmatan pemulihan dan pemulihan semula serta penyelidikan berkaitan pendengaran.
Membantu pesakit mengikut arahan perubatan, untuk mengatasi atau meminimumkan kesan atau kecacatan dan gangguan pertuturan.
Merawat orang buta.
Membetulkan semua jenis peranti ortotik.
Membuat splin dengan bahan termoplastik.
Memeriksa pesakit untuk menentukan jenis penyakit.
Menulis spesifikasi untuk anggota palsu atau alatan lain, dan membantu mereka memakainya, dan menerangkan kegunaannya.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.