- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2114
Ahli Geologi dan Geofizik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2114-02
Bandingkan
Ahli Hidrologi
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Ahli Hidrologi menjalankan penyelidikan mengenai taburan, pergerakan dan sifat fizikal air permukaan dan bawah tanah. Mereka menganalisis kitaran air, menilai ketersediaan air dan risiko banjir, serta mengurus sumber air untuk menyokong kemampanan alam sekitar dan bekalan air yang selamat. Kerja mereka melibatkan penyiasatan lapangan, pengumpulan data, pemodelan hidrologi dan memberikan nasihat mengenai pengurusan air, kawalan pencemaran dan pematuhan peraturan.
Tugasan
Menjalankan tinjauan hidrologi dan penyiasatan lapangan untuk menilai sistem air permukaan dan air bawah tanah.
Mengumpul dan menganalisis data hidrologi dan kualiti air daripada sumber air permukaan dan air bawah tanah.
Memodelkan aliran air permukaan dan air bawah tanah termasuk senario banjir dan ketersediaan air.
Memberi nasihat kepada agensi kerajaan, organisasi sektor swasta, dan pihak berkepentingan mengenai pengurusan sumber air, ketersediaan air, risiko banjir, dan kawalan pencemaran.
Memasang dan memantau instrumen pengukuran kualiti air dan aliran air.
Menyediakan laporan teknikal, peta, visualisasi, dan penilaian untuk menyokong perancangan sumber air, kelestarian alam sekitar, dan pematuhan peraturan.
Menilai dapatan hidrologi berdasarkan peraturan air, piawaian alam sekitar, dan keperluan kelestarian.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh.
Kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan.
Ketelitian serta ketepatan dalam pengumpulan dan analisis data.
Pemahaman terhadap peraturan alam sekitar dan prosuder keselamatan.
Pemikiran kritis.
Khusus
Kemahiran dalam menganalisis data alam sekitar dan hidrologi menggunakan kaedah statistik serta alat pengaturcaraan seperti MATLAB, Python, atau R.
Kemahiran dalam menggunakan Geographic Information System (GIS) dan alat penderiaan jauh untuk pemetaan, analisis spatial, dan penilaian sumber air.
Kemahiran dalam pemodelan hidrologi dan hidraulik, contohnya, menggunakan Hydrologic Engineering Center – Hydrologic Modelling System (HEC-HMS), Soil and Water Assessment Tool (SWAT), atau MODFLOW.
Kemahiran dalam pengurusan rekod dan pangkalan data bagi data sumber air dan alam sekitar.
Kemahiran dalam penilaian senario untuk pengurusan sumber air dan pemantauan alam sekitar.
Kemahiran dalam visualisasi data hidrologi dan pelaporan termasuk penggunaan Tableau.
Pengetahuan dalam analisis hidrokimia dan kualiti air selaras dengan piawaian alam sekitar.
Pengetahuan dalam kaedah penyelidikan dan pembangunan dalam hidrologi dan kajian sumber air.
Pengetahuan dalam penyediaan laporan teknikal, penilaian kesan alam sekitar, dan dokumentasi saintifik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.