- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2112
Ahli Meteorologi dan Ahli Seismologi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2112
Bandingkan
Ahli Meteorologi dan Ahli Seismologi
Ahli Meteorologi dan Ahli Seismologi menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi yang berkaitan dengan komposisi, struktur dan dinamik atmosfera, dan menyediakan ramalan cuaca yang terperinci dan jangka panjang yang digunakan dalam penerbangan, perkapalan, pertanian, dan bidang lain untuk maklumat orang awam.
Tugasan
Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan.
Menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah- langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk.
Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan pihak berkepentingan (stakeholders) untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.
Menyiasat arah dan kelajuan pergerakan udara, tekanan, suhu, kelembapan dan fenomena lain.
Seperti pembentukan awan dan kerpasan, gangguan elektrik, atau radiasi solar.
Menganalisis dan mentafsir fotograf satelit, remote sensing dan fenomena atmosfera lain dan menyediakan peta dan ramalan cuaca yang digunakan dalam penerbangan, perkapalan, pertanian, dan bidang lain dan untuk maklumat orang umum.
Memberi amaran mengenai fenomena atmosfera seperti ribut dan bahaya lain yang mengancam nyawa dan harta.
Mengkaji data iklim yang menggunakan kaedah perangkaan untuk menentukan dan mentafsir trend.
Iklim dan meramal perubahan.
Menyediakan kertas kerja dan laporan saintifik.
Menyediakan data, maklumat dan khidmat nasihat berhubung dengan tsunami dan seismologi.
Mengeluarkan maklumat amaran awal berkaitan dengan gegaran gempa bumi dan tsunami.
Menyelia kerja juruteknik dan pencerap meteorologi.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.