- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2114
Ahli Geologi dan Geofizik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2114-01
Bandingkan
Ahli Geologi
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Ahli Geologi mengkaji struktur, komposisi dan proses fizikal Bumi untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar, pengurusan sumber dan pembangunan tanah yang selamat. Mereka menganalisis batuan, tanah, mineral, fosil dan formasi geologi untuk memahami sumber asli, bahaya dan keadaan persekitaran, menjalankan tinjauan lapangan, analisis makmal dan penyelidikan. Kerja mereka memberi makluman tentang perlombongan, penerokaan minyak dan gas, pengurusan air dan pantai, pemeliharaan warisan dan perancangan guna tanah, mengaplikasikan pengetahuan saintifik untuk menyokong pembangunan mampan dan mitigasi risiko.
Tajuk Alternatif
Ahli Geokimia
Ahli Geologi Marin
Ahli Paleontologi
Ahli Stratigraf
Ahli Geologi (Kejuruteraan)
Ahli Geologi (Oseanografi)
Ahli Geologi (Stratigrafi)
Ahli Geologi (Perlombongan)
Tugasan
Menjalankan tinjauan geologi dan penyiasatan lapangan untuk mengumpul dan menganalisis sampel tanah, batuan, mineral dan sampel berkaitan.
Menganalisis dan mentafsir data geologi, geokimia, geofizik dan persekitaran untuk memahami proses dan struktur geologi.
Menjalankan penyelidikan tentang komposisi, struktur dan sejarah kerak Bumi serta formasi geologi.
Menyediakan peta geologi, keratan rentas, model, carta dan laporan teknikal untuk mendokumentasikan penemuan dan menyokong pembuatan keputusan.
Menilai sumber mineral, hidrokarbon dan air bawah tanah untuk menyokong penerokaan, pengurusan sumber dan pembangunan mampan.
Menilai kestabilan tanah, bahaya geologi dan keadaan persekitaran untuk menyokong perancangan guna tanah dan pengurusan risiko.
Bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin dalam projek persekitaran, kejuruteraan dan pembangunan sumber.
Menyelaras dan menyokong kerja lapangan serta penyiasatan makmal sambil memastikan kualiti data dan pematuhan kepada piawaian.
Kemahiran
Asas
Kemahiran kerja berpasukan dan kebolehsuaian dalam persekitaran lapangan,makmal dan antara displin.
Kemahiran komunikasi yang berkesan,termasuk penulisan,lisan dan mendengar secara aktif.
Kemahiran pemikiran kritis dan analitikal untuk tugasan saintifik dan kerja lapangan.
Ketelitian serta kemahiran pemerhatian yang kukuh.
Penguasaan dalam analisis data ,tafsiran dan penyelesaian masalah.
Khusus
Kecekapan dalam Geographic Information System (GIS), penderiaan jauh dan perisian geologi khusus untuk analisis spatial dan pemodelan geologi tiga dimensi.
Kecekapan dalam mengintegrasikan data geologi, geofizik dan geokimia untuk tafsiran, pemodelan dan penilaian sumber atau persekitaran.
Kecekapan dalam menyediakan laporan teknikal, dokumentasi penyelidikan dan pembentangan profesional berkaitan penemuan geologi.
Kecekapan dalam pemetaan geologi, tinjauan, korelasi stratigrafi, analisis sedimentologi dan analisis struktur.
Pengetahuan tentang analisis saintifik dan statistik, pengesahan data dan visualisasi untuk penyelidikan dan pelaporan geologi.
Pengetahuan tentang kaedah penyiasatan geofizik, geokimia dan paleontologi, termasuk pensampelan, ujian makmal dan pengenalpastian fosil.
Pengetahuan tentang peraturan alam sekitar, keperluan kualiti data dan piawaian keselamatan dalam operasi geologi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.