- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2114
Ahli Geologi dan Geofizik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2114-03
Bandingkan
Ahli Geosains
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Ahli Geosains mengkaji komposisi, struktur dan proses fizikal Bumi, lautan dan persekitaran bawah permukaan. Mereka menggunakan pengetahuan geologi, geofizik, oseanografi dan sains berkaitan untuk menyiasat sumber asli, menilai impak alam sekitar dan menganalisis bahaya geologi. Kerja mereka merangkumi tinjauan lapangan, pengumpulan data, pemodelan dan interpretasi untuk menyokong penerokaan mineral, hidrokarbon, air bawah tanah dan sumber marin, serta perancangan guna tanah, mitigasi risiko bencana dan pengurusan sumber yang mampan.
Tajuk Alternatif
Ahli Seismologi
Ahli Oseanografi
Ahli Geofizik Geomorfologi
Ahli Geofizik Seismologi
Ahli Geomagnet
Ahli Geosains Petroleum
Ahli Geologi Tapak
Ahli Geologi Reservoir
Ahli Geologi Struktur
Ahli Oseanografi Fizik
Interpreter Seismik
Pakar Geologi
Pakar Geofizik
Geomekanik
Pakar Sedimentologi
Tugasan
Menjalankan penyelidikan dan analisis terhadap batuan, mineral, tanah, sedimen, dan bahan bumi yang berkaitan.
Menjalankan tinjauan geologi, penyiasatan lapangan, dan pemetaan menggunakan penderiaan jauh, Sistem Maklumat Geografi (GIS), dan instrumen geofizik.
Mengumpul dan menganalisis sampel batuan, tanah, air, dan sedimen untuk mentafsir keadaan geologi dan alam sekitar.
Membangunkan model geologi, geofizik, dan geomekanik untuk menilai sumber asli, bahaya, dan kestabilan tanah.
Mentafsir data seismik, log telaga, dan data geofizik untuk menyokong penerokaan, penggerudian, dan perancangan guna tanah.
Memberi khidmat perundingan mengenai penerokaan sumber asli, keadaan geologi daratan dan marin, serta penilaian bahaya geologi.
Menyediakan laporan teknikal, peta, dan dokumentasi saintifik untuk pihak berkepentingan dan badan pengawalseliaan.
Memberi nasihat mengenai mitigasi bahaya geologi, perancangan guna tanah dan infrastruktur, serta pengurusan sumber yang mampan.
Bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin, termasuk jurutera, saintis alam sekitar, dan agensi pengurusan kecemasan.
Kemahiran
Asas
Kebolehsuaian,pengurusan masa serta kesediaan untuk kerja lapangan dalam keadaan mencabar atau kawasan terpencil.
Kemahiran analitikal dan pemikiran kritis yang kukuh untuk mentafsir data geosains yang kompleks.
Kemahiran kerja berpasukan dan kolaborasi,termasuk bekerja dalam persekitaran multidisplin dan kerja lapangan.
Kemahiran komunikasi yang berkesan termasuk penulisan ,pertuturan dan mendengar secara aktif.
Penguasaan dalam tafsiran data ,pemerhatian dan analisis saintifik.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan dan memvisualisasikan model geosaintifik dua dimensi dan tiga dimensi menggunakan perisian.
Kecekapan dalam pemerolehan data lapangan geologi, geofizik, dan marin menggunakan instrumen dan sensor.
Kecekapan dalam penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS), penderiaan jauh, dan alat pemetaan untuk analisis spatial dan alam sekitar.
Kecekapan dalam perisian pemodelan dan simulasi untuk kajian geosains, hidrogeologi, takungan, dan marin.
Keupayaan untuk mengintegrasikan data geologi, geofizik, petrofizik, dan marin bagi menyokong penyelidikan, pengurusan sumber, dan penilaian risiko.
Pengetahuan dalam analisis dan interpretasi data geologi, geofizik, marin, dan sedimentologi.
Pengetahuan dalam analisis geostatistik dan kaedah penyelidikan saintifik untuk menyokong pemodelan, interpretasi, dan pembuatan keputusan.
Pengetahuan dalam tektonik, geomagnetisme, sedimentologi, stratigrafi, dan oseanografi dalam konteks amali dan penyelidikan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.