- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
162
Pengurus Perkhidmatan Lain
Kumpulan Unit
1621
Pengurus Pusat Sukan dan Rekreasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1621-01
Bandingkan
Pengurus Agensi Pelancongan menyelia operasi harian agensi pelancongan, mengurus kakitangan dan menyelaras aktiviti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap. Mereka merancang, mengatur dan mempromosikan pakej pelancongan dan perkhidmatan pelancongan, membangunkan strategi pemasaran, mengekalkan hubungan pelanggan dan rakan kongsi, mengurus bajet dan perancangan kewangan serta memastikan pematuhan dengan peraturan industri.
Tugasan
Mengurus operasi harian dan menyelia prestasi kakitangan.
Membangunkan dan melaksanakan strategi pemasaran dan jualan untuk mengembangkan perniagaan.
Merancang dan mengatur jadual perjalanan pelancongan dengan mengambil kira laluan, destinasi, dan keutamaan pelanggan.
Memastikan kepuasan pelanggan dan menangani aduan atau isu perkhidmatan.
Membina dan mengekalkan hubungan dengan pelanggan, agensi pelancongan dalam talian, dan rakan industri pelancongan.
Mengenal pasti dan merebut peluang perniagaan dalam industri pelancongan.
Menilai kualiti perkhidmatan dan melaksanakan penambahbaikan terhadap pakej pelancongan dan operasi.
Menyelia penyediaan nasihat perjalanan serta bantuan berkaitan permit, visa, dan dokumentasi.
Memantau trend industri dan menyesuaikan strategi perniagaan dengan sewajarnya.
Kemahiran
Asas
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan untuk membimbing,menyelia dan menyokong kakitangan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk berhubung secara berkesan dengan pelanggan,pembekal dan kakitangan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk menguruskan pelbagai tugasan dan urusan perjalanan dengan cekap.
Kesedaran sosial dan profesionalisme dalam mengendalikan hubungan pelanggan dan interaksi di tempat kerja.
Orientasi khidmat pelanggan termasuk mendengar secara aktif,untuk memahami keperluan pelanggan dan memastikan kualiti perkhidmatan.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan dan melaksanakan strategi jualan dan pemasaran untuk perkhidmatan pelancongan.
Kecekapan dalam menggunakan platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) untuk tempahan dan promosi.
Kecekapan dalam mengurus hubungan pelanggan menggunakan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) dan perisian berkaitan.
Kecekapan dalam pengambilan, latihan, dan kepimpinan kakitangan dalam operasi pelancongan.
Kemahiran dalam merunding kontrak dan mengurus perjanjian dengan vendor atau rakan kongsi.
Keupayaan dalam memantau dan menilai prestasi kempen pemasaran.
Pengetahuan dalam menganalisis trend pasaran dan menyesuaikan strategi perniagaan dengan sewajarnya.
Pengetahuan dalam mengurus operasi pejabat dan kerjasama penginapan untuk kecekapan operasi.
Pengetahuan dalam meramalkan permintaan, hasil, dan kadar penghunian bagi produk dan perkhidmatan pelancongan.
Pengetahuan dalam penyediaan bajet dan pengurusan kewangan untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan keuntungan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.