Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1612-06
Bandingkan
Pengurus Farmasi
Pengurus Farmasi menyelia operasi harian farmasi, memastikan pendispensan ubat yang selamat dan berkesan serta pematuhan dengan piawaian kawal selia. Mereka mengurus preskripsi, mengawal inventori, menyelaras pesanan bekalan dan penghantaran, menyelia kakitangan, melaksanakan dasar dan mengendalikan belanjawan, sambil memastikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.
Tugasan
Menyelia pelaksanaan protokol amalan terbaik bagi penyimpanan ubat preskripsi dan bahan terkawal.
Menyelia proses pengesahan butiran preskripsi dengan profesional penjagaan kesihatan dan perubatan apabila perlu.
Menyelia penyelenggaraan dan pengemaskinian senarai ubat yang diluluskan serta pemantauan tarikh luput.
Mengurus dan menyelia kakitangan farmasi termasuk latihan dan penilaian prestasi.
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan penjagaan kesihatan dan perubatan.
Menyelia pengurusan inventori dan perolehan ubat-ubatan.
Melaksanakan dan memantau prosedur keselamatan dan kawalan kualiti.
Bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan dan perubatan untuk mengoptimumkan penjagaan pesakit.
Mengurus bajet dan rekod kewangan farmasi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan sumber manusia yang kukuh untuk menyelia operasi farmasi.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang jelas untuk berinteraksi dengan kakitangan,pesakit dan pihak berkepentingan.
Kemahiran pengurusan iventori untuk mengawal stok,bekalan dan ketepatan pengeluaran ubatan.
Pemikiran kritis dan kemahiran membuat keputusan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang selamat dan berkesan.
Pengetahuan tentang peraturan penjagaan kesihatan dan keperluan pematuhan.
Khusus
Kecekapan dalam pengurusan bajet dan kewangan bagi operasi farmasi.
Kecekapan dalam proses audit dan pemeriksaan peraturan.
Kecekapan dalam sistem perisian pengurusan farmasi.
Pengetahuan dalam farmakologi dan pengurusan ubat.
Pengetahuan dalam pengurusan krisis dan risiko dalam operasi farmasi.
Pengetahuan mengenai amalan kawalan jangkitan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
Pengetahuan mengenai interaksi ubat dan kontraindikasi.
Pengetahuan mengenai tadbir urus klinikal dan standard penjagaan pesakit.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.