- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
15
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
151
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Unit
1511
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-18
Bandingkan
Pengurus Data
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Pengurus Data menyelia sistem dan operasi data organisasi bagi memastikan data adalah tepat, selamat, mudah diakses dan sesuai untuk digunakan merentasi fungsi perniagaan. Peranan ini melibatkan mereka bentuk, menyelenggara dan mengoptimumkan infrastruktur data, pangkalan data dan aliran kerja pemprosesan, serta mewujudkan piawaian tadbir urus data untuk menyokong analisis, pelaporan dan pematuhan peraturan yang andal. Pengurus Data menyelaras pasukan dan bekerjasama rapat dengan unit IT dan operasi untuk menyelaraskan amalan pengurusan data dengan objektif organisasi dan pembuatan keputusan berasaskan data.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan strategi, dasar, dan piawaian pengurusan data selaras dengan objektif organisasi.
Memastikan integriti, ketepatan, konsistensi, dan keselamatan data merentasi semua sistem, termasuk pematuhan kepada peraturan yang berkaitan.
Memantau dan menyelia kualiti data serta proses audit bagi memastikan penambahbaikan berterusan dalam amalan penyimpanan, capaian, dan pemprosesan data.
Memimpin dan membimbing pasukan jurutera data, penganalisis, dan kakitangan dengan menyediakan latihan serta penyeliaan amalan terbaik.
Bekerjasama dengan Teknologi Maklumat (IT), pasukan rentas fungsi, dan rakan luar untuk mengintegrasikan penyelesaian data serta menyokong pembuatan keputusan.
Melaksanakan tadbir urus data, privasi, dan langkah pemulihan termasuk dokumentasi, pengurusan metadata, dan prosedur sandaran.
Menilai teknologi data, mencadangkan penambahbaikan strategik, dan menyelia projek berkaitan data bagi memastikan hasil yang berkualiti dan tepat pada masanya.
Menyampaikan dapatan, laporan, dan cadangan kepada pihak berkepentingan secara berkesan dengan memastikan kejelasan dan ketepatan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk mentafsir data dan menyokong pembuat keputusan.
Kemahiran asas ICT termasuk pemahaman tentang sistem data dengan keupayaan untuk mengurus dan mengutamakan pelbagai tugasan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan teknikal dan bukan teknikal.
Pemikiran kritis dan pertimbangan yang tepat untuk menilai isu data,strategi dan penyelesaian.
Perhatian terhadap perincian dan kemahiran organisasi untuk memastikan ketepatan dan kualiti data.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan dan memantau metrik kualiti data bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan.
Kecekapan dalam menjalankan penilaian perlindungan data dan risiko keselamatan siber.
Kecekapan dalam mentafsir hasil analisis dan visualisasi data menggunakan alat seperti Power BI, Tableau, Python, atau R.
Kecekapan dalam menyelia prosedur sandaran, pemulihan, dan keselamatan pangkalan data.
Kecekapan dalam menyelia sistem pangkalan data termasuk Structured Query Language (SQL), Oracle, MySQL, atau Microsoft SQL Server.
Pengetahuan dalam melaksanakan rangka kerja tadbir urus data serta memastikan pematuhan kepada piawaian peraturan dan privasi.
Pengetahuan dalam mengaplikasikan konsep pembelajaran mesin dan pemodelan statistik untuk menyokong pembuatan keputusan berasaskan data.
Pengetahuan dalam menggunakan platform dan perkhidmatan berasaskan awan untuk penyimpanan, pemprosesan, dan analitik data.
Pengetahuan dalam mereka bentuk dan mengoptimumkan struktur serta aliran kerja data untuk penyimpanan dan capaian yang cekap.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1511-01
Ketua Pegawai Maklumat/Ketua Pegawai Data/Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat
1511-02
Pengurus Sistem Maklumat
1511-03
Pengurus Pusat Komuniti Desa (Teknologi Maklumat)
1511-04
Penyedia Perkhidmatan Internet
1511-05
Pengurus Rangkaian/Komunikasi/Infrastruktur
1511-06
Pengurus Audio Visual
1511-07
Pengurus Projek Teknologi Maklumat
1511-08
Pengurus Program Teknologi Maklumat
1511-09
Pengurus Bioinformatik
1511-10
Pengurus Multimedia Kreatif
1511-11
Pengurus Operasi Rangkaian
1511-12
Pengurus Pembangunan Perniagaan Teknologi Maklumat
1511-13
Pengurus Perisian dan Aplikasi
1511-14
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)
1511-15
Pengurus Keselamatan Siber
1511-16
Ketua Seksyen Analisis Kegagalan (Sistem)
1511-17
Pengurus Kandungan (ICT)
1511-18
Pengurus Data
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.