- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
15
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
151
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Unit
1511
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-13
Bandingkan
Pengurus Perisian dan Aplikasi merancang, memimpin dan menyelia reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan pengoptimuman berterusan sistem perisian dan aplikasi untuk memenuhi keperluan organisasi dan pengguna. Peranan ini mengurus kitaran hayat pembangunan perisian sepenuhnya, termasuk seni bina sistem, prestasi aplikasi, integrasi, jaminan kualiti dan penyelesaian isu, sambil mengarah pasukan pembangunan dan memperuntukkan sumber teknikal. Ia juga memastikan penyelesaian perisian boleh diskala, selamat dan sejajar dengan objektif perniagaan, termasuk bidang aplikasi khusus seperti platform perusahaan atau sistem digital dan e-dagang.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan strategi perisian dan aplikasi jangka pendek dan panjang yang selaras dengan objektif organisasi.
Memimpin dan mengurus pasukan pembangunan perisian dan seni bina sistem termasuk memberikan panduan dan penyeliaan prestasi.
Bekerjasama dengan pihak berkepentingan, pasukan rentas fungsi, dan pembekal untuk menentukan keperluan sistem dan hasil projek.
Memastikan pematuhan kepada piawaian pengekodan, keperluan keselamatan, pematuhan peraturan, dan amalan terbaik termasuk metodologi tangkas.
Menyelia reka bentuk dan penyelenggaraan seni bina sistem yang berskala, selamat, dan berprestasi tinggi termasuk penyelesaian berasaskan awan.
Mengurus garis masa projek, sumber, bajet, dan proses jaminan kualiti untuk memastikan penyampaian yang berkesan.
Memantau prestasi sistem dan aplikasi serta mencadangkan penambahbaikan untuk mengoptimumkan operasi.
Menyelia platform aplikasi termasuk sistem e-dagang serta memastikan integrasi dengan proses perniagaan.
Menilai teknologi baharu dan mencadangkan penerapannya untuk meningkatkan keupayaan organisasi.
-
PERANCANGAN & PENYELENGGARAAN PROTOKOL INTERNET (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGURUSAN ANIMASI 3D (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
ANIMASI 3D-PENGELUARAN KANDUNGAN (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGELUARAN KANDUNGAN ANIMASI 2D (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN APLIKASI SERVER (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
RANGKAIAN KOMPUTER (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
JURUTERA INTERNET PROTOKOL (IP) BERTAULIAH (Tahap )
Kemahiran
Asas
Kefahaman tentang kitaran hayat pembanggunan perisian (SDLC),termasuk amalan pantas atau DevOps untuk menyelaraskan penyampaian dengan keperluan perniagaan.
Kemahiran komunikasi yang jelas dan kemahiran interpersonal untuk bekerja secara berkesan dengan pihak berkepentingan teknikal dan bukan teknikal.
Kemahiran pengurusan projek dan organisasi untuk merancang,memantau dan melaksanakan projek.
Kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran analitikal untuk menangani isu teknikal dan operasi.
Kepimpinan yang kukuh dan pengurusan pasukan untuk membimbing pasukan perisian dan aplikasi.
Khusus
Pengetahuan mengenai metodologi Agile, Scrum, dan DevOps termasuk amalan integrasi berterusan dan penghantaran berterusan (CI/CD).
Pengetahuan mengenai penjajaran pembangunan aplikasi dengan strategi perniagaan digital dan objektif organisasi.
Pengetahuan mengenai platform pengkomputeran awan termasuk Amazon Web Services (AWS), Microsoft Azure, dan Google Cloud Platform (GCP).
Pengetahuan mengenai prinsip keselamatan siber, kawalan keselamatan aplikasi, dan metodologi penilaian risiko.
Pengetahuan mengenai reka bentuk seni bina perisian termasuk mikroservis, antara muka pengaturcaraan aplikasi (API), dan rangka kerja seni bina perusahaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1511-01
Ketua Pegawai Maklumat/Ketua Pegawai Data/Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat
1511-02
Pengurus Sistem Maklumat
1511-03
Pengurus Pusat Komuniti Desa (Teknologi Maklumat)
1511-04
Penyedia Perkhidmatan Internet
1511-05
Pengurus Rangkaian/Komunikasi/Infrastruktur
1511-06
Pengurus Audio Visual
1511-07
Pengurus Projek Teknologi Maklumat
1511-08
Pengurus Program Teknologi Maklumat
1511-09
Pengurus Bioinformatik
1511-10
Pengurus Multimedia Kreatif
1511-11
Pengurus Operasi Rangkaian
1511-12
Pengurus Pembangunan Perniagaan Teknologi Maklumat
1511-13
Pengurus Perisian dan Aplikasi
1511-14
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)
1511-15
Pengurus Keselamatan Siber
1511-16
Ketua Seksyen Analisis Kegagalan (Sistem)
1511-17
Pengurus Kandungan (ICT)
1511-18
Pengurus Data
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.