Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7623
Bandingkan
Pembuat Kasut dan Pekerja yang Berkaitan
Pembuat Kasut dan Pekerja yang Berkaitan membuat dan membaiki kasut biasa atau kasut khas, topi dan sarung tangan kulit, membuat beg, beg tangan dan tali pinggang kulit asli atau kulit campuran atau terlibat di dalam pembuatan barang-barang yang berkaitan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membuat pola kasut untuk dijadikan panduan dalam proses memotong bahagian-bahagian kasut.
Memotong, menyediakan dan memasang bahagian-bahagian kasut.
Menjahit/mencantumkan bahagian-bahagian kasut.
Membuat kasut biasa atau kasut ortopedik kepada individu-individu yang memerlukannya.
Membuat kasut tempahan khas.
Memeriksa dan menyiapkan kasut.
Membaiki kasut.
Membuat dan membaiki pelana dan abah-abah untuk haiwan, membuat beg, beg tangan, dompet, beg bimbit, beg kulit dan lain-lain aksesori.
Membuat dan membentuk untuk bahan-bahan kulit.
Menjahit dan menyulam kulit dengan tangan atau mesin.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.