Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7624
Bandingkan
Pekerja Upholsteri dan yang Berkaitan
Pekerja Upholsteri dan yang Berkaitan memasang, membaiki dan menggantikan upholsteri perabot, lekapan, peralatan ortopedik, kerusi, panel, vinil dan perabot kereta yang lain, serta gerabak kereta api, pesawat udara dan kapal. Mereka juga membuat dan membaiki kusyen, kulit dan tilam.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memasang, menyusun, dan mengikat spring, pad dan bahan penutup pada bingkai perabot.
Menyesuaikan dan memasang sarung dan kusyen tempat duduk, dan aksesori lain pada kenderaan seperti kereta, bas, gerabak kereta api dan pesawat udara.
Membuat tilam.
Menyesuaikan dan memasang hiasan lembut dan hiasan dalaman daripada tekstil, kulit dan bahan yang seumpamanya.
Membaik pulih bahagian upholsteri pada perabot, tilam dan produk berkaitan yang sudah lusuh.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.