Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7621
Bandingkan
Tukang Jahit, Penjahit Pakaian, Penjahit Pakaian Bulu, dan Pembuat Topi
Tukang Jahit, Penjahit Pakaian, Penjahit Pakaian Bulu, dan Pembuat Topi membuat sut, baju atau pakaian daripada kain, kulit atau apa-apa bahan lain, dan membaiki pakaian mengikut potongan badan atau terlibat dalam pembuatan pakaian siap, atau mengubah, membaiki dan membuat topi atau rambut palsu.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan mesin jahit jenis standard atau khas yang mempunyai satu jarum atau pelbagai jarum untuk membuat atau membaiki pakaian, sarung tangan atau produk lain dan menyulam tekstil, bulu atau kulit.
Membuat sut luar, sut, skirt, kemeja, blaus, pakaian dalam wanita, pakaian korset dan pakaian yang seumpamanya mengikut keperluan pelanggan.
Terlibat dalam pembuatan pakaian siap.
Menyulam rekaan hiasan pada pakaian atau bahan-bahannya.
Membuat pelbagai jenis topi.
Meminda, mengubah fesyen, dan membaiki pakaian.
Membuat dan menguruskan pakaian yang digunakan dalam teater, produksi televisyen dan wayang gambar.
Membuat rambut palsu menurut spesifikasi, dan melekatkan rambut pada kain pelapik.
Memasang payung siap dengan mencantumkan pelbagai bahagian komponen seperti rangka besi yang boleh ditutup, spring dan kain payung.
Menjahit layar, khemah, kajang dan bahan-bahan berkaitan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.