Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5419-11
Bandingkan
Pembantu Penguatkuasa Gred KP1
Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan operasi dan siasatan.
Bertanggungjawab menyedia, mengeluar, menyemak segala jenis-jenis dokumentasi berkaitan operasi, pendakwaan, aduan dan siasatan.
Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan penguatkuasa dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan serta mengemaskini buku log kenderaan.
Menjalankan tugas dalam bilik kawalan.
Menerima aduan dari orang awam (sumber).
Bertanggungjawab menjadi saksi kes-kes mahkamah.
Bertanggungjawab menjalankan tugas di Kaunter Penguatkuasa.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai kompetensi dalam ilmu kelautan, perkapalan serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai undang-undang persekutuan di Zon Maritim Negara serta undang-undang maritim antarabangsa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.