Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5412
Bandingkan
Pegawai Polis Rendah
Pegawai Polis Rendah menjaga undang-undang dan ketenteraman serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan.
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan.
Merancang, mencegah jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara.
Menahan orang yang melanggar undang-undang.
Memelihara undang-undang dan ketenteraman, melindungi orang dan harta benda daripada bahaya dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Bertanggungjawab mengeluarkan saman kepada pesalah trafik dan menjalankan kuasa sekiranya berlaku kemalangan.
Memberi pertolongan cemas dan menjalankan penyiasatan yang perlu, memelihara ketenteraman semasa kebakaran, memeriksa tempat perhimpunan awam yang diberikan kebenaran, dan menyediakan maklumat umum.
Menyimpan rekod, membuat laporan aktiviti, dan memberi bukti di mahkamah.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.