- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
54
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Kecil
541
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Unit
5414
Pengawal Keselamatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5414-06
Bandingkan
Pembantu Keselamatan Gred KP1 pembantu Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
Tugasan
Menyelia tugas-tugas Pengawal Keselamatan dalam mendaftar, mengeluar dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada pegawai, pelawat dan pekerja kontrak.
Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses pegawai dan pelawat.
Menyelaras pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh mereka.
Mengatur, menyediakan dan mengetuai syif tugas rondaan keselamatan serta memeriksa buku laporan harian, kehadiran dan membuat roll call.
Merekod dalam buku daftar kunci, kunci-kunci pintu masuk utama bangunan dan premis di bawah kawalan sentiasa dalam keadaan baik dan disimpan dengan selamat.
Membuat rondaan/ pemeriksaan bagi memantau Pengawal Keselamatan di dalam kawasan dan luar bangunan/premis dan membuat catatan rondaan/ pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.
Memastikan semua peralatan/ kelengkapan/ sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
Melaporkan kerosakan peralatan/kelengkapan/sistem keselamatan dan lain-lain kemudahan di dalam kawasan bangunan/ premis kepada Pegawai/ Penyelia Keselamatan bertanggungjawab.
Memantau dan menyelia kawalan keselamatan pergerakan akses kenderaan serta memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas kenderaan di dalam kawasan bangunan/premis.
Memastikan sebarang insiden yang berlaku dalam kawasan dilaporkan dan membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan lalu lintas dalam kawasan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.