- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
54
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Kecil
541
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Unit
5414
Pengawal Keselamatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5414-02
Bandingkan
Pengawal Keselamatan Persendirian menyediakan perlindungan kepada individu, harta benda dan aset dengan memantau premis, mengawal akses, menjalankan rondaan, bertindak balas terhadap penggera dan kecemasan, serta melaporkan aktiviti yang mencurigakan. Mereka juga boleh memberikan perlindungan peribadi kepada individu berprofil tinggi dengan menilai ancaman, merancang laluan yang selamat, dan campur tangan dalam situasi berbahaya bagi memastikan keselamatan dan sekuriti keseluruhan selaras dengan keperluan pelanggan.
Tugasan
Meninjau kawasan yang ditugaskan di dalam dan sekitar premis untuk mengelakkan kemasukan tanpa kebenaran.
Memberi perkhidmatan keselamatan di bangunan komersial, kawasan perumahan, pejabat, kilang, dan acara.
Memantau dan mengenal pasti ancaman keselamatan yang berpotensi.
Memberi perlindungan peribadi dan mengiringi pelanggan apabila diperlukan.
Mengawal akses dengan memeriksa pengenalan pelawat, kakitangan, dan kenderaan.
Mengendalikan dan memantau sistem keselamatan, termasuk CCTV dan peralatan kawalan akses.
Melindungi harta, barangan berharga, dan kerahsiaan pelanggan, termasuk mengiringi wang tunai atau aset berharga.
Mengikuti prosedur yang ditetapkan semasa berlakunya kecemasan, insiden keselamatan, dan pelanggaran.
Menyediakan laporan insiden dan menyelenggara rekod aktiviti keselamatan.
Berhubung dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan kecemasan apabila diperlukan.
Kemahiran
Asas
Kecergasan fizikal dan daya tahan untuk melaksanakan tugas keselamatan dengan berkesan.
Keupayaan untuk kekal tenang, berfikir secara kritis dan membuat keputusan yang bijak di bawah tekanan.
Keupayaan untuk mengikuti arahan, bekerja secara berdikari atau sebagai sebahagian daripada pasukan dan menyediakan laporan asas.
Kewaspadaan dan kemahiran pemerhatian yang kuat untuk memantau persekitaran dan mengesan potensi risiko.
Komunikasi yang berkesan dan kemahiran interpersonal untuk berinteraksi dengan pelanggan, rakan sekerja dan orang awam.
Khusus
Kemahiran dalam mengendalikan dan memantau peralatan keselamatan dan pengawasan (CCTV dan penggera).
Kemahiran komputer asas untuk dokumentasi dan komunikasi.
Keupayaan untuk bertindak balas terhadap kecemasan, termasuk pertolongan cemas.
Keupayaan untuk mengendalikan insiden keselamatan dan konflik dengan sewajarnya.
Pemahaman tentang peraturan undang-undang berkaitan keselamatan peribadi dan harta.
Pengetahuan tentang protokol keselamatan dan pematuhan peraturan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.