- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
41
Kerani Pejabat
Kumpulan Kecil
412
Setiausaha (Am)
Kumpulan Unit
4121
Setiausaha (Am)
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4121-03
Bandingkan
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1 bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
Tugasan
Menjalankan pengurusan surat-menyurat dan fail, termasuk merekod, memfail, membuat salinan dan mengedarkan dokumen kepada pegawai berkaitan.
Memastikan tindakan ke atas surat, dokumen dan e-mel diambil, termasuk penghantaran faks, kemaskini data, dan tindakan susulan.
Membuat pengkelasan surat/dokumen (terbuka/sulit/rahsia), mengurus fail terperingkat, dan menjaga kerahsiaan dokumen serta urusan pegawai.
Menyediakan, menaip, menyemak dan membetulkan draf surat/dokumen, mengurus surat yang memerlukan tandatangan, serta menentukan keutamaan tugas pegawai.
Mengurus rekod dan maklumat pejabat, operasi kerja harian, pelupusan dokumen, serta menyelia kakitangan bawahan.
Mengurus maklumat pegawai melalui HRMIS, memastikan proses kerja memenuhi standard/kualiti, menyelaraskan majlis dan menjaga keselamatan pejabat serta harta benda.
Menguruskan bil dan tuntutan seperti borang perjalanan, pendahuluan diri, bil rawatan perubatan dan bil telefon, serta menyediakan anggaran bajet dan mengurus perolehan.
Menyedia, menyimpan dan memberi penerangan maklumat korporat.
Menjalankan tugas lain seperti diarahkan dan memberikan sokongan kepada bahagian/cawangan/sektor.
Menyelia dan menyediakan senarai tugas harian Pemandu Khas pegawai.
Kemahiran
Asas
Kemahiran interpersonal.
Kemahiran komunikasi pelbagai bahasa terutama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Khusus
Kemahiran menggunakan peralatan pejabat.
Kemahiran menggunakan sistem rintas dan trengkas (dwibahasa).
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pengetahuan asas pengurusan sumber manusia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.