Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4121
Bandingkan
Setiausaha (Am)
Setiausaha (Am) menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau kelengkapan pemprosesan data yang lain untuk menyalin surat-menyurat dan dokumen lain, menyemak dan memformat dokumen yang disediakan oleh kakitangan lain, menguruskan mel masuk dan keluar, menapis permintaan mesyuarat atau temu janji, dan melaksanakan pelbagai tugas sokongan pentadbiran.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyemak, memformat dan menyalin surat-menyurat, minit dan laporan daripada catatan ringkas atau draf bertulis mengikut standard pejabat dengan menggunakan mesin taip atau kelengkapan pemprosesan data.
Menggunakan pelbagai pakej perisian komputer termasuk lembaran sebaran sebagai sokongan.
Mengendalikan surat keluar atau masuk.
Meneliti, merekod dan mengedarkan mel, surat-menyurat dan dokumen.
Menyemak permintaan untuk mesyuarat atau temu janji, dan membantu mengelolakan mesyuarat.
Menyemak dan merekodkan cuti dan kelayakan kakitangan yang lain.
Mengatur dan menyelia sistem fail.
Mengendalikan surat-menyurat rutin.
Mentrengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.