Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4111-05
Bandingkan
Pembantu Pentadbir Tanah Gred NT1 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
Tugasan
Mengurus surat menyurat berhubung permohonan tanah, penyiasatan tanah, notis tuntutan/jualan, pendaftaran permohonan, doket penyiasatan, dan permohonan ukur bagi tanah diluluskan pelupusan, pecah sempadan/bahagian, penyatuan, dan pengambilan balik.
Mengemaskini dan menyimpan rekod penerimaan geran draf, Buku Memorial, buku daftar lain, Buku Tunai Pungutan Cukai Tanah, serta dokumen hak milik tanah dan keselamatan geran draf.
Menyediakan laporan bulanan permohonan, penyiasatan tanah, kutipan hasil, urus niaga tanah, penguatkuasaan, Laporan Tahunan, Laporan Anggaran Hasil, mengeluarkan dan menandatangani resit, serta membantu pemungutan hasil tanah.
Memantau tunggakan cukai, mengeluarkan surat peringatan, menjalankan penyiasatan untuk mencegah pencabulan tanah kerajaan atau pelanggaran syarat
Menjadi pegawai pendakwa di mahkamah serta menyediakan afidavit di bawah Seksyen 425 & 426 Kanun Tanah Negara.
Mengawal selia dan memantau kerja kakitangan Pejabat Tanah, membahagikan tugas, memastikan pelaksanaan, menjadi ahli lembaga tender tanah, dan membantu menyediakan kertas Memorandum Jemaah Menteri dan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Menjalankan penilaian tanah, memperenggankan tanah bagi permohonan tanah, permit bahan batu, lesen melombong, permit carigali, pecah sempadan/bahagian/penyatuan tanah, pengambilan balik tanah, hak lalulintas, pencerobohan tanah, kelonggaran syarat tanah, dan rancangan projek kerajaan.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai Ordinan Tanah dan undang-undang tanah berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.