Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3631-04
Bandingkan
Jurufotografi Gred B2 bertanggungjawab mengambil foto, mengedit, menyediakan caption dan menghantar foto aktiviti rasmi dan tidak rasmi negara ke Unit Perpustakaan Foto untuk rujukan dan simpanan koleksi warisan negara. Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas, menyediakan peralatan, menjaga kebersihan studio dan bilik gelap serta menjaga keselamatan peralatan di dalam dan di luar jabatan.
Tugasan
Membuat liputan dan mengambil gambar/ slide/ video bagi aktiviti rasmi jabatan.
Memproses filem/ slide/ video/ CD, mencetak semula, menyalindan membuat suntingan.
Membuat inventori/ katalog dan penyimpanan (filem/ slide/ CD/ video tape).
Menyelenggara peralatan kamera/ video dan memastikan peralatan kamera/ video dalam keadaan baik.
Menyediakan peralatan audio untuk aktiviti rasmi di dalam dan di luar jabatan.
Mengumpul dan mengemaskini maklumat perancangan dalam bentuk slide serta menyediakan album aktiviti jabatan.
Membantu dalam persiapan aktiviti kualiti dan sosial jabatan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan bekerja dalam pasukan serta merancang dan mengurus kerja.
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan mengurus hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.
Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan interpersonal serta berkebolehan menggunakan aplikasi ICT.
Khusus
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Berkemahiran dalam mengendalikan kamera SLR dan asas video kamera.
Mampu mengendalikan peralatan kamera serta berpengetahuan dalam pencahayaan studio dan latar belakang.
Mempunyai pengetahuan dalam etika fotografi termasuk protokol, tatasusila dan etika pakaian.
Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan katalog media termasuk pengkelasan dan pengindeksan.
Mempunyai pengetahuan dalam penyimpanan bahan dan penyelenggaraan stor.
Mempunyai pengetahuan dalam percetakan gambar dan jenis filem.
Mempunyai pengetahuan dalam teknik fotografi termasuk fotografi luar dan studio.
Mempunyai pengetahuan dalam teknologi media termasuk manual, automatik, analog dan digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.