Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3511-08
Bandingkan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
Tugasan
Membangun aturcara baru dan menyelenggara aturcara sedia ada, serta memberikan latihan dan bantuan teknikal kepada pengguna.
Melaksanakan aplikasi sistem maklumat dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran IT dalam fungsi jawatan.
Membuat analisis, menjadi rujukan bidang tugas, dan bertindak sebagai troubleshooter organisasi.
Membangunkan, menguji, dan menyelenggara program, serta menyediakan dokumentasi dan spesifikasi program.
Membantu mereka bentuk, pengekodan, penyelenggaraan sistem, dan menyelesaikan masalah program serta sistem.
Membantu mengawal perkakasan, perisian, dan rangkaian data, termasuk pemasangan dan pengujian.
Mengurus perolehan perkakasan dan perisian, serta menyediakan spesifikasi berkaitan.
Membantu membangun, mengurus, dan mentadbir pangkalan data organisasi.
Membantu membangun, mengendalikan, dan menyelia rangkaian Local Area Network (LAN)/ Wide Area Network (WAN), web server, internet, dan intranet.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran mendalam mengenai perkakasan, peralatan dan sistem komputer.
Mengikuti perkembangan teknologi maklumat terkini.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.