Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3514
Bandingkan
Juruteknik Web
Juruteknik Web menyelenggara, memantau, dan menyokong fungsi optimum laman web Internet dan Intranet, perkakasan dan perisian pelayan web (web server).
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memasang, memantau, dan menyokong kebolehpercayaan dan kebolehgunaan laman web Internet dan Intranet atau perkakasan atau perisian pelayan web.
Membangun dan menyelenggara dokumentasi, dasar, dan arahan serta merekodkan prosedur pengendalian dan log sistem.
Membangun, menyelaras, melaksana, dan memantau langkah keselamatan.
Menganalisis dan membuat cadangan untuk meningkatkan prestasi, termasuk menaik taraf dan mendapatkan sistem baru.
Berhubung dengan dan memberi bimbingan kepada pelanggan dan pengguna.
Mengubahsuai laman web.
Melaksanakan operasi sokongan kepada pelayan web dan operasi pemulihan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.