Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3411-06
Bandingkan
Penolong Pegawai Undang-undang Gred L5
Penolong Pegawai Undang-undang Gred L5 membantu Pegawai Undang-Undang dalam proses penyelesaian sesuatu kes di mahkamah sama ada dalam kes-kes Pendakwaan atau Guaman. Mengendalikan hal-hal pentadbiran undang-undang di pejabat denganmerekod kertas-kertas siasatan, menyediakan fail-fail berkaitan, mendraf, menaip, menyemak, memfailkan ke mahkamah dan penyerahan kepada pihak-pihak berkenaan. Menyediakan dokumen, draf tuntutan ataupembelaan bagi kes-kes biasa dan membantu Pegawai Undang-Undang dalam tugas-tugas penggubalan seperti menguruskan pewartaan, membaca pruf pertama untuk cetakan naskhah biru, mengumpul dan menyediakan senarai indeks P.U. (A) dan P.U. (B) yang telah diwartakan.
Tugasan
Aspek Perundangan (Pendakwaan)
a. Merekod, menyemak dan menyerahkan kertas-kertas siasatan sebelum mengemukakannya kepada Ketua Unit Narkotik.
b. Merekod dan menyerahkan Kertas Siasatan yang telah diteliti oleh Ketua Unit Narkotik untuk diserahkan kepada Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya.
Aspek Pengurusan
a. Membuat statistik Bulanan Kertas Siasatan yang diterima oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya.
b. Membuat senarai Pemantauan Kertas SiasatanMingguan yang diterima oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya.
c. Merekod semua Kertas Siasatan untuk dikembalikan kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri setelah kes tersebut diberi pandangan ataupun keputusan.
d. Menulis surat kepada semua Ketua Unit Pendakwaan Negeri untuk memohon Kertas Siasatan dan membalas surat kepada peguam-peguam atau perayu tentang kedudukan kes untuk ditandatangani oleh Ketua Unit Narkotik.
Aspek Pentadbiran
a. Membuat jadual bulanan pergerakan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya.
b. Mengemaskini Fail Meja (FM) Individu.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis untuk urusan dengan pihak luar.
Khusus
Mempunyai pengetahuan luas dalam bidang undang-undang berkaitan kes siasatan, sivil dan penggubalan undang-undang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.