- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
34
Profesional Bersekutu Perundangan
Kumpulan Kecil
341
Profesional Bersekutu Perundangan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3411
Bandingkan
Profesional Bersekutu Perundangan dan yang Berkaitan
Profesional Bersekutu Perundangan dan yang Berkaitan menjalankan fungsi sokongan di mahkamah atau di pejabat perundangan, menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan apa-apa perkara perundangan seperti kontrak insurans, pemindahan harta dan pemberian pinjaman dan lain-lain transaksi kewangan atau menjalankan siasatan untuk pelanggan.
Tugasan
Menyedia, merakam, dan mengeluarkan perintah mahkamah termasuk perintah percubaan, mengeluarkan dokumen, maklumat hukuman, dan saman.
Bertanggungjawab membuat fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.
Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim.
Mencatat/ merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan.
Menyediakan laporan harian/bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.
Merangka dan membaca pruf, termasuk menyusun nota kedatangan, mengambil nota di mahkamah, membaca pruf dokumen dan menulis surat.
Menyediakan litigasi dan menguruskan fail kes.
Menjalankan penyelidikan undang-undang.
Berhubung dengan pelanggan (peranan yang lebih kanan).
Mengambil kenyataan saksi.
Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang- undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.