Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3411-07
Bandingkan
Penolong Pegawai Syariah Gred LS5
Penolong Pegawai Syariah Gred LS5 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, keurusetiaan, perancangan dan penyelidikan berkaitan undang-undang syariah di peringkat jabatan/mahkamah/bahagian berkaitan seperti menyelaras pendaftaran dan menguruskan hal-hal berkaitan kes mal, jenayah dan faraid, menyelenggara urusan perjalanan Mahkamah Rendah Syariah dan pendakwaan serta membuat draf perintah yang telah diputuskan oleh Mahkamah.
Tugasan
Menyelaraskan pentadbiran Mahkamah Syariah, termasuk pengurusan kes, pendaftaran, yuran, perbicaraan, keputusan, dan penghakiman.
Menyemak dan menyelaras prosedur rayuan di mahkamah negeri.
Menjalankan penyelidikan undang-undang, hukum syarak, dan fakta untuk prosiding serta menyediakan rujukan hakim.
Merancang dan menyelaras program serta kurikulum latihan.
Mengurus pendaftaran, perjalanan kes mal dan jenayah Mahkamah Rendah, serta permohonan rayuan.
Menyediakan draf perintah mahkamah dan mengurus borang panggilan serta perintah.
Mengendalikan fail kes di Jabatan Bantuan Guaman, termasuk tarikh bicara dan mahkamah terlibat.
Menyediakan dokumen perundangan seperti penyataan tuntutan, pembelaan, dan afidavit.
Menyediakan laporan dan kertas pertuduhan untuk tindakan pendakwaan.
Mengkaji keputusan kes dirayu dan aduan pelanggaran akta atau enakmen jenayah syariah.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Arab.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek perundangan Islam.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.